SENARIO SMKDOJ

1977

Prasarana terdiri daripada sebuah bangunan dua tingkat yang menempatkan bilik darjah, pejabat, perpustakaan, makmal sains, dan tandas. Dua buah bangunan satu tingkat yang menempatkan Bengkel Seni Perusahaan dan kantin. Terdapat juga sebuah gelanggang serba guna untuk permainan.

1978

Seramai 319 orang pelajar Tingkatan Satu dan Peralihan memulakan sesi persekolahan pada bulan Januari iaitu sebanyak lima kelas Peralihan dan tiga kelas Tingkatan Satu. Tenaga pengajar terdiri daripada 12 orang guru dengan dibantu oleh dua orang kerani dan budak pejabat serta dua orang pekerja sekolah yang terdiri daripada seorang tukang kebun dan seorang jaga. Pengetua pertama ialah Encik Yusof bin Karto.

1980

Tuan Hj Saim bin Suradi telah memegang jawatan pengetua menggantikan Encik Yusof bin Karto yang telah berpindah sekolah.

1985

Encik Lim Yong Siew menggantikan Tuan Hj Saim bin Suradi sebagai pengetua sekolah.

1986

Prasarana yang lain disediakan seperti pondok rehat, kolam, bilik sembahyang, dan sebuah bangunan satu tingkat yang menempatkan empat bilik darjah.

1987

Jumlah pekerja bertambah menjadi 10 orang. Jumlah pelajar 940 orang. Begitu juga dengan bilangan guru yang bertambah kepada 47 orang.

1989

Tuan Hj Ahmad bin Ali telah memangku jawatan sebagai pengetua dari 2hb Februari hingga 1hb November 1989. Encik Karnain bin Zakaria telah menjadi pengetua Sekolah Menengah Kebangsaan Datin Onn Jaafar yang ke-5 menggantikan Tuan Hj Ahmad bin Ali yang berpindah ke Pejabat Pendidikan Daerah Batu Pahat.

1991

Tuan Hj Said Hashim bin Zin telah menggantikan Encik Karnain bin Zakaria selaku pengetua sekolah. Encik Karnain telah berpindah ke SMK Tongkang Pechah.

1992

Sebuah blok bangunan tiga tingkat untuk 12 bilik darjah dan 3 buah makmal sains telah dibina.

1994

Surau sekolah berjaya didirikan.

1995

Encik Mohd Anuar bin Jaafar telah dilantik menjadi pengetua SMKDOJ menggantikan Tuan Hj Said Hashim bin Zakaria yang telah berpindah ke Pejabat Pendidikan Daerah Batu Pahat.

1996

Tuan Hj Mohd Esa bin Ahmad telah menggantikan Encik Mohd Anuar bin Jaafar selaku pengetua sekolah. Encik Mohd Anuar telah berpindah ke Pejabat Pendidikan Daerah Batu Pahat.

1997

Kelas Pendidikan Khas telah diwujudkan. Bilangan pelajar sebanyak dua orang dan seorang guru iaitu Encik Rossley bin Sulaiman.

1998

Puan Hjh Halimah binti Jamari telah menjadi pengetua SMKDOJ yang ke-9 menggantikan Tuan Hj Esa bin Ahmad yang berpindah ke Pejabat Pendidikan Daerah Batu Pahat. Mata pelajaran IT/RC telah diperkenalkan di sekolah.

2001

Bilangan bangunan bertambah dan terdapat dua blok bangunan dua tingkat, satu blok bangunan tiga tingkat, dua blok bangunan satu tingkat satu blok bengkel Kemahiran Hidup, kantin, surau, bilik sukan, pondok pengawal keselamatan, tempat meletak kereta, tempat meletak basikal, dan beberapa buah balai bacaan. Terdapat juga landskap-landskap yang menarik, taman refleksologi, pancutan air, taman orkid, dan taman kaktus.

2002

Koperasi sekolah telah berpindah ke bangunannya sendiri. Kelas Tingkatan Enam aliran sastera telah dibuka dengan jumlah pelajar seramai 27 orang. Bilik khas untuk kelas Pendidikan Khas mula digunakan. Pelajar Pendidikan Khas telah berjumlah 6 orang dengan dua orang guru, iaitu Encik Rossley bin Sulaiman dan Puan Hjh Solihah binti Mohd Salleh.

2003

Majalah sekolah yang pertama, ‘WADAH’ telah diterbitkan. Mata pelajaran EST telah diperkenalkan di sekolah. Tambahan bangunan dibuat pada surau untuk dijadikan Pusat Sumber Islam. Bilik menyalin pakaian Pendidikan Jasmani juga dibina. Guru-guru bertambah menjadi 91 orang, staf sokongan 14 orang, dan terdapat 4 orang kakitangan swasta serta 2 orang pengawal keselamatan.

2004

Jumlah guru 89 orang, staf sokongan 15 orang, pekerja swasta 7 orang dan 3 orang pengawal keselamatan. Bangunan makmal komputer siap dan mula dilengkapi. Tuan Hj Idris bin Ahmad telah menggantikan Puan Hjh Halimah binti Jamari selaku pengetua sekolah. Puan Hjh Halimah telah bersara pada Februari 2004.

2005

Pertambahan guru Pendidikan Khas sebanyak tiga orang iaitu Encik Zaat bin Hisham, Encik Nordin bin Mohd Dan, dan Encik Ahmad bin Taia. Jumlah guru 88 orang, staf sokongan 15 orang, 7 orang pekerja swasta, dan 3 orang pengawal keselamatan. Bangunan makmal komputer telah mula digunakan. Perpustakaan sekolah telah dilengkapi dengan penghawa dingin.

Pencapaian

1994 Pemenang Anugerah Pengurusan Kewangan Sekolah Cemerlang kategori Sekolah Menengah. Gerai terbaik dalam Ekspo Kemahiran Hidup Negeri Johor.

1995 Anugerah Sekolah Harapan Negara Negeri Johor bagi kategori Sekolah Menengah Dalam Bandar.

2000 Johan Pertandingan Anugerah Sekolah Harapan Negara peringkat daerah Batu Pahat.

2001 Naib Johan Pertandingan Pusat Sumber peringkat daerah kategori Bandar. Johan Pertandingan Keceriaan Makmal peringkat daerah.

2002 Tempat keempat Pertandingan Pusat Sumber peringkat daerah.

2003 Tempat kedua dalam Sijil Anugerah Kualiti bagi kategori Makmal Sains Cemerlang Sekolah Menengah. Tempat kedua Pertandingan Sekolah Harapan Negara peringkat daerah bagi kategori Sekolah Menengah Bandar. Sijil Anugerah Kualiti bagi Surau Sekolah Cemerlang Sekolah Menengah. Tempat kedua Pertandingan Pusat Sumber peringkat daerah.

2004 Tempat kedua Pertandingan Galeri Sejarah peringkat daerah bagi kategori Laluan Sejarah. Tempat keempat Pertandingan Pusat Sumber peringkat daerah.

2005 Anugerah Kualiti Sukan Cemerlang kategori Sekolah Menengah.

(Petikan daripada Wikipedia B. Melayu)