Sekolah Menengah Kebangsaan Datin Onn Jaafar (SMKDOJ ) lebih dikenali sebagai DOJ atau Pesta oleh sebahagian besar penduduk di Batu Pahat, dan ditubuhkan pada awal tahun 1977. Sesi pertama persekolahan bermula pada 1 Januari 1978
Sekolah Menengah Kebangsaan Datin Onn Jaafar telah mula ditubuhkan pada awal tahun 1977 dan telah siap dibina pada tahun itu juga. Sesi persekolahan telah dimulakan pada 1hb Januari 1978.
Bangunan sekolah ini terletak di Tapak Pesta Pembangunan Negeri Johor 1977 di Batu Pahat, Johor, dalam kawasan seluas 10 ekar. Sekolah Menengah Kebangsaan Datin Onn Jaafar pada awalnya dikenali dengan nama Sekolah Menengah Rendah Bandar Penggaram. Kemudian dicadangkan nama Sekolah Menengah Rendah Datin Halimah, sempena nama balu Allahyarham Dato’ Onn Jaafar. Walau bagaimanapun, nama tersebut tidak dipersetujui oleh Datin Halimah. Beliau meminta agar diletakkan nama suaminya dan mencadangkan nama Sekolah Menengah Rendah Datin Onn Jaafar, Batu Pahat. Sekarang dikenali sebagai Sekolah Menengah Kebangsaan Datin Onn Jaafar.
Sekolah ini telah dirasmikan oleh Tun Dr. Mahathir bin Mohammad selaku YAB Timbalan Perdana Menteri merangkap Menteri Pelajaran Malaysia pada 1hb November 1977. Turut sama dalam majlis perasmian itu ialah Menteri Besar Johor, Tan Sri Othman bin Saat, Pengarah Pelajaran Johor, Datuk Idris bin Tain dan pengetua sementara iaitu Encik Sulaiman bin Belawi.
(sebahagian daripada petikan daripada Wikipedia B. Melayu)